Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan kerah 40,000 askar; Taufan Krathon dijangka badai Kaohsiung

Taiwan mengerahkan hampir 40,000 askar hari ini (1 Okt) bagi menyokong usaha menyelamat sedang Taufan Krathon menghampiri kawasan pantai barat daya pulau itu yang dijangka akan mencetuskan ribut.

Anggaran Waktu Membaca:
KAOHSIUNG: Taiwan mengerahkan hampir 40,000 askar hari ini (1 Okt) bagi menyokong usaha menyelamat sedang Taufan Krathon menghampiri kawasan pantai barat daya pulau itu yang dijangka akan mencetuskan ribut.

Pasukan Pengawal Pantai Taiwan juga sedang mengejar masa untuk mencari 19 pelaut yang turun kapal.

Taiwan kerap dilanda taufan tetapi ia biasanya melanda kawasan pergunungan di pantai timur menghadap Pasifik yang tidak ramai penduduk, tetapi kali ini ia akan membadai bahagian barat pulau itu.

Taufan Krathon diramal akan membadai bandar pelabuhan utama Kaohsiung pada pagi Rabu (2 Okt) sebelum menuju ke arah timur laut dan Laut China Timur, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan (CWA).

Kaohsiung yang didiami sekitar 2.7 juta penduduk, mengarahkan para penduduk supaya duduk di rumah.

Ini sedang Taufan Krathon yang disifatkan sebagai taufan ganas oleh Pusat Amaran Taufan Bersama Tentera Laut Amerika Syarikat semakin menghampiri wilayah itu.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan