Skip to main content

Dunia

Taiwan keluarkan amaran terhadap Taufan Gaemi

Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Agensi Meteorologi Taiwan mengeluarkan amaran laut dan darat terhadap Taufan Gaemi, yang dijangka melanda Daerah Yilan antara lewat malam Rabu dan awal pagi Khamis, lapor Xinhua.

Setakat pukul 1.00 tengah hari pada Selasa (23 Jul), pusat Taufan Gaemi terletak kira-kira 470 kilometer (km) tenggara Eluanbi dan bergerak ke barat laut dengan kelajuan angin maksimum sekitar 144 km sejam.

Radius ribut itu menghampiri Selat Bashi dan kawasan laut tenggara Taiwan, menimbulkan ancaman kepada New Taipei, Yilan, Hualien dan Taitung.

Agensi meteorologi meramalkan peningkatan angin dan curahan hujan apabila taufan itu semakin hampir.

Taufan Gaemi telah menyebabkan penggantungan beberapa khidmat feri, pembatalan penerbangan tertentu dan penutupan atau sekatan akses ke beberapa tapak pelancongan utama.

Sementara itu di Mongolia, agensi kaji cuaca negara itu mengumumkan pada Selasa bahawa hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan peningkatan ketara pada paras air semua sungai utama.

"Paras air di sungai-sungai utama termasuk Eg, Beltes, Tuul, Yeruu, Onon, Kherlen, Selenge, dan Orkhon telah melebihi paras amaran sebanyak 40 sentimeter (cm) hingga 105 cm akibat hujan lebat sejak hujung minggu lalu," menurut Agensi Meteorologi dan Pemantauan Alam Sekitar Kebangsaan negara itu dalam satu kenyataan.

Hujan lebat turut melanda sebahagian besar negara itu sejak pertengahan Julai.

Agensi itu memberi amaran kepada para penduduk yang tinggal di sepanjang tebing sungai untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan, manakala ahli meteorologi meramalkan ribut petir jangka pendek dijangka berlaku di kebanyakan kawasan negara itu dalam masa beberapa hari akan datang.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita