Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan keluarkan amaran Taufan Muifa, diramal mencetuskan hujan lebat

Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Biro Cuaca Pusat (CWB) Taiwan pada Ahad (11 Sep) mengeluarkan amaran Taufan Muifa yang diramal mencetuskan hujan lebat di kawasan utara dan timur laut pulau itu.

Setakat 11 pagi Ahad, taufan itu berada pada kedudukan 370 kilometer (km) dari timur laut Eluanbi, dan sedang bergerak ke arah utara-barat laut dengan kelajuan lapan kilometer sejam (kph), lapor Agensi Berita Pusat (CNA) memetik CWB.

Taufan itu mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 144 kph dengan tiupan angin sehingga 180 kph serta mempunyai radius 150 km.

Ahli meteorologi CWB Wu Wan Hua berkata Muifa dijangka bergerak ke utara pada Ahad dan semakin perlahan pada Isnin dan Selasa. 

Taufan Muifa dijangka membawa hujan lebat ke kawasan pergunungan di utara dan timur laut Taiwan, serta kawasan pantai termasuk di Keelung dan di kawasan timur serta tenggara. 

Hujan diramal berkurangan pada Rabu apabila Muifa bergerak meninggalkan Taiwan.
Sumber : Bernama/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan