Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan jual pelitup guna mesin layan diri

Mesin layan diri yang menjual pelitup. Itulah kaedah baru yang digunakan bandar Taipei, Taiwan di tengah-tengah catuan penjualan pelitup akibat penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Taiwan jual pelitup guna mesin layan diri

Seorang penduduk membeli pelitup dari sebuah mesin layan diri Taipei pada 14 Apr 2020 (Gambar: Sam Yeh/AFP)

Diterbitkan : 20 Apr 2020 06:12PM Dikemas Kini : 20 Apr 2020 06:15PM

TAIPEI: Mesin layan diri yang menjual pelitup.

Itulah kaedah baru yang digunakan bandar Taipei, Taiwan di tengah-tengah catuan penjualan pelitup akibat penularan COVID-19.

Para penduduknya juga boleh mendapatkan pelitup mereka tanpa sebarang pertemuan dengan orang lain.

Mesin layan diri sebegitu lebih cekap dan tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak
serta mengurangkan risiko jangkitan menerusi hubungan manusia.

Mengambil masa sekitar tiga minggu untuk dibina, mesin berkenaan dapat mengagihkan pelitup kepada 1,100 penduduk setiap hari.

Mesin-mesin tersebut berjaya menjual 2,500 pelitup sejak ia dilancarkan Sabtu lalu.

Permintaan bagi mesin-mesin berkenaan dijangka terus meningkat selepas pandemik COVID-19 berkurangan.

Setiap penduduk Taipei dengan kad Insurans Kesihatan Nasional dibenarkan membeli satu set yang mengandungi sembilan pelitup setiap 14 hari dari farmasi atau mesin-mesin layan diri. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan