Taiwan catat 14 kematian COVID-19 seminggu, kes jangkitan meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: AFP/Sam Yeh)
- Taiwan merekodkan 14 kematian dan 72 kes teruk COVID-19 dalam tujuh hari lalu, tertinggi sejak gelombang semasa bermula.
- CDC Taiwan melaporkan peningkatan lawatan pesakit luar dan kecemasan, dengan unjuran kemuncak penularan dijangka pertengahan hingga lewat Ogos.
- Warga emas, pesakit kronik, dan individu belum divaksinasi musim terkini paling terjejas, dengan stok vaksin masih tersedia untuk diagihkan.
- Kadar positif COVID-19 turut meningkat di beberapa negara lain seperti China, Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Jepun, Eropah dan Afrika.
TAIPEI: Taiwan merekodkan 14 kematian akibat COVID-19 dan 72 kes teruk dalam tempoh tujuh hari lalu, jumlah tertinggi mingguan sepanjang gelombang berterusan ketika ini, lapor Anadolu Ajansi (AA) sebagai menukil media tempatan.
Timbalan Pengarah Pusat Risikan Wabak Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Taiwan Lee Chia-lin berkata, sejak Oktober 2025, Taiwan merekodkan 337 kes domestik COVID-19 yang melibatkan komplikasi teruk, termasuk 42 kematian, menurut laman web Focus Taiwan.
Lawatan pesakit luar dan bilik kecemasan berkaitan COVID-19 turut meningkat, mencecah 24,645 antara 2 hingga 8 Ogos, naik 27.6 peratus berbanding minggu sebelumnya.
CDC menurunkan unjuran kemuncak lawatan perubatan mingguan kepada 27,000 daripada anggaran terdahulu iaitu 51,000, sambil menyatakan bahawa penularan semasa dijangka mencapai kemuncak antara pertengahan hingga lewat Ogos.
Golongan warga emas kekal paling rentan. Daripada kes teruk yang direkodkan sejak Oktober, 73.9 peratus melibatkan individu berusia 65 tahun ke atas, manakala 84 peratus mempunyai penyakit kronik dan hampir 90 peratus belum menerima vaksin COVID-19 musim terkini.
CDC menyatakan, sekitar 140,000 dos vaksin masih berada dalam simpanan, dengan 37,000 dos dijangka luput pada 9 September dan dijadualkan untuk diagihkan kepada pemerintah tempatan.
Di peringkat global, kadar positif COVID-19 meningkat di sebahagian Eropah dan Afrika, manakala kes jangkitan mencatatkan peningkatan di China, Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jepun, menurut laporan itu.

Sumber : Bernama/Agensi berita/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.