Taiwan berjaya 'yakinkan' China untuk kekang pelan zon larangan terbang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP/Sam Yeh)
BEIJING: Taiwan menyatakan pada Rabu (12 Apr) bahawa ia telah berjaya menggesa China agar 'mengecilkan skala rancangannya' untuk menutup ruang udara di utara pulau tersebut, bagi mengelak gangguan perjalanan yang lebih luas di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di rantau tersebut ekoran latihan ketenteraan China.
China belum lagi mengulas mengenai zon larangan terbang itu, tetapi Korea Selatan, yang diberi taklimat mengenai rancangan tersebut, menyatakan keputusan berkenaan diambil disebabkan sebuah objek yang terjatuh daripada sebuah kenderaan pelancar satelit.
Beijing pada mulanya, memaklumkan Taipei ia akan menguatkuasakan zon larangan terbang dari 16 sehingga 18 April, namun kementerian pengangkutan Taiwan menyatakan ia kemudian dikurangkan kepada tempoh hanya selama 27 minit pada pagi Ahad (16 Apr), setelah ia membantah.
Kementerian tersebut menerbitkan sebuah peta yang menunjukkan apa yang dilabel China sebagai "zon aktiviti aeroangkasa" di timur laut Taiwan dan berhampiran gugusan pulau kecil yang dipertikaikan, dipanggil Diaoyu oleh China dan Senkaku oleh Jepun.
Kedudukan itu dekat dengan laluan penerbangan awam antara Taiwan dan China serta antara Taiwan dan Korea Selatan.
Agensi berita Kyodo Jepun, menukil satu sumber pemerintah sebagai menyatakan zon larangan terbang China melibatkan apa yang didakwa Jepun sebagai zon ekonomi eksklusif di sekitar Senkaku.
Perkembangan tersebut susuli latihan ketenteraan hebat selama beberapa hari yang diadakan China di sekeliling Taiwan, sebagai tindak balas kepada pertemuan Presiden Tsai Ing-wen dan Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS) Kevin McCarthy di California minggu lalu.
Beijing menyatakan latihan tersebut, yang termasuk mengepung Taiwan merupakan "satu amaran keras" terhadap pasukan pemisah kemerdekaan Taiwan serta kuasa luar".
Seorang pegawai kanan Taiwan memberitahu Reuters bahawa memandangkan potensi gangguan kepada ruang udara, Taipei telah menggunakan "pelbagai saluran" termasuk diplomasi, perisikan dan pihak berkuasa penerbangan untuk memujuk Beijing mengekang rancangan asalnya.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.