Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan 'berbesar hati' dengan usaha bantu Ukraine, kata Presiden Tsai

Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Taiwan "berbesar hati" atas usahanya membantu Ukraine dalam perjuangan negara itu untuk mempertahankan dirinya dan usaha tersebut mesti diteruskan, kata Presiden Tsai Ing-wen dalam satu persidangan di New York.

Keadaan di Ukraine mendapat simpati Taiwan di mana ramai penduduk Taiwan melihat persamaan antara keadaan di Ukraine dengan ancaman yang dihadapi oleh pemerintah Taipei daripada China.

China menyifatkan Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Taiwan menghulurkan bantuan lebih AS$30 juta (S$42 juta) kepada Ukraine, yang sebahagian besarnya dikumpulkan melalui sumbangan orang ramai.

Taiwan juga menguatkuasakan sekatan yang diterajui Barat terhadap Rusia menyusuli pencerobohan Rusia di Ukraine pada Februari lalu.

"Sedang kita menyaksikan kesan pencerobohan Rusia, Taiwan berbesar hati dapat memainkan peranan dalam membantu rakyat Ukraine mempertahankan kedaulatan dan kebebasan mereka. Kita harus meneruskan usaha kita ini," kata Cik Tsai dalam ucapan yang dirakam dari pejabatnya dan disiarkan semasa Sidang Puncak Concordia pada Isnin (19 Sep).

Taiwan berdepan dengan ancaman yang semakin agresif daripada China, tambah beliau.
Sidang Puncak Concordia diadakan serentak dengan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan