Taiwan bakal kerah sistem pertahanan dron susuli rakaman baling batu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Sam Yeh)
TAIPEI: Taiwan dijangka mula mengerahkan sistem pertahanan dron di pulau pesisirnya, menurut menteri pertahanan. Ini selepas munculnya rakaman menunjukkan tentera Taiwan membaling batu ke arah dron China yang berterbangan di pos pengawal keselamatan berhampiran pantai China.
Taiwan sudah mengadu tentang pencerobohan dron yang dilakukan berulang kali oleh China berdekatan pulau luar pesisirnya. Ini dianggap Taiwan sebagai sebahagian daripada latihan perang China berikutan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taipei, yang mencetuskan kemarahan Beijing.
China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya dan mendakwa mentadbirnya secara demokratik meskipun menerima tentangan hebat daripada pemerintah di Taipei.
Rakaman video ringkas tersebut menunjukkan dua anggota tentera membaling batu ke arah dron yang mendekati pos pengawal keselamatan mereka. Video berkenaan tersebar di platform media sosial China sebelum ia menarik perhatian pihak media Taiwan.
Dalam satu kenyataan pada Rabu (24 Ogos), markas pertahanan Kinmen, sekumpulan pulau yang dikuasai Taiwan yang terletak bertentangan dengan bandar-bandar Xiamen dan Quanzhou China, menyatakan bahawa insiden berkenaan berlaku pada 16 Ogos di pulau kecil Erdan. Ia mengesahkan bahawa tentera-tentera itu membaling batu untuk menghalau apa yang dipanggilnya sebagai dron awam.
Kementerian Pertahanan Taiwan menyatakan dalam satu kenyataan berasingan bahawa ia akan mengerahkan sistem antidron bermula tahun depan. Sebagai permulaan, ia akan ditempatkan di pulau-pulau kecil.
China masih belum memberi komen mengenai rakaman berkenaan, yang sudahpun menerima jutaan tontonan di media sosial China, dengan para pengguna mempersendakannya.
Insiden itu juga mencetuskan perbincangan hangat di Taiwan, di mana sesetengah pengguna sosial media menyifatkan kejadian itu sebagai satu "penghinaan" bagi angkatan bersenjata pulau tersebut, Mereka turut menggesa kementerian pertahanan supaya meningkatkan langkah tindak balas terhadap serangan dron yang kian kerap dilancarkan.
Markas pertahanan Kinmen menyatakan rakaman tersebut adalah satu lagi contoh "perang kognitif" China terhadap Taiwan dan percubaan untuk "memperlekehkan" angkatan bersenjata pulau itu.
Dalam perkembangan lain, Taiwan pada Khamis mengemukakan cadangan untuk memperuntukkan AS$19 billion (S$26 bilion) bagi perbelanjaan pertahanan untuk tahun depan. Jumlah itu peningkatan dua angka berbanding peruntukan untuk 2022 dan ia termasuk pembiayaan bagi jet pejuang baru. Saranan itu dibuat berikutan latihan perang berskala besar yang dilakukan China di sekeliling pulau tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.