Taiwan akan jalankan ujian COVID-19 ke atas pelawat dari China mulai 1 Jan
Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Taiwan akan melaksanakan ujian COVID-19 ke atas pelawat yang tiba dari China mulai 1 Januari sebagai respons kepada lonjakan kes di negara berkenaan.
Demikian menurut pemerintah Taipei pada Rabu (28 Dis) sekaligus menyertai negara lain dalam meningkatkan kawalan ke atas pelawat daripada China.

Pusat Epidemik Taiwan menyatakan semua pelawat yang datang melalui penerbangan langsung dari China serta melalui bot di dua pulau luar pesisir, perlu mengambil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) semasa ketibaan.
Pemerintah akan menjalankan penjujukan virus untuk mereka yang tiba dari China dan yang diuji positif untuk mengesan varian baru koronavirus, menurut pusat itu dalam kenyataan medianya.
Langkah tersebut yang akan dijalankan sehingga hujung bulan Januari tidak termasuk mereka yang tiba dari Hong Kong atau Macau, tambah pusat berkenaan.
Mereka yang diuji positif dibenarkan untuk melalui tempoh pengasingan di rumah, menurut pusat itu lagi.
Majoriti mereka yang terjejas adalah warga Taiwan yang tinggal dan bekerja di China, serta pasangan dan anak kerakyatan China kerana Beijing melarang pelancong China melawat pulau itu pada 2019.
Ramai daripada orang Taiwan yang tinggal di China secara tradisinya kembali ke Taiwan untuk cuti Tahun Baru Cina, yang jatuh pada bulan depan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.