Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan adakan latihan tembakan simulasi terhadap serangan China

Anggaran Waktu Membaca:

BANDAR FENGGANG, TAIWAN: Pasukan tentera Taiwan memulakan latihan tembakan meriam pada Selasa (9 Ogos), sebagai simulasi pertahanan pulau itu terhadap sebarang serangan susuli latihan besar-besaran tentera China selama beberapa hari, kata seorang wartawan AFP di lokasi latihan tersebut. 

Lou Woei-jye, jurucakap bagi Kor Tentera Kelapan Taiwan, mengesahkan bahawa latihan itu bermula di wilayah selatan Pingtung selepas pukul 12.40 pagi (8.40 pagi waktu tempatan) dengan pelancaran meriam dan tembakan bersasaran. 

Latihan itu sudah berakhir sekitar pukul 1.30 pagi (9.30 pagi waktu tempatan), tambahnya. 

China melancarkan permainan perang terbesarnya sekitar Taiwan minggu lalu menyusuli lawatan Speaker Rumah Putih Nancy Pelosi, iaitu lawatan rasmi pegawai berpangkat paling tinggi AS ke pulau itu dalam beberapa dekad. 

Taiwan berada di bawah ancaman pencerobohan China, yang menganggap jirannya itu sebagai sebahagian wilayah China yang harus dikembalikan pada suatu hari nanti, dengan kekerasan jika perlu. 

Latihan Taiwan yang akan berlangsung mulai Selasa (9 Ogos) sehingga Khamis (11 Ogos), termasuk pengerahan ratusan pasukan tentera dan kira-kira 40 meriam katak, menurut pasukan tentera itu. 

Encik Lou pada Isnin (8 Ogos) berkata latihan tersebut sudah dijadual dan tidak diadakan sebagai tindak balas kepada latihan China. 

Pulau itu menjalankan latihan ketenteraan berkala, berdasarkan simulasi pencerobohan China dan bulan lalu mengadakan latihan melawan serangan laut dalam "operasi pintasan bersama" sebagai sebahagian latihan tahunan terbesar. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan