Tahap kesihatan Ahmad Zahid bertambah baik: PM Anwar
PM Malaysia Anwar Ibrahim sempat menziarahi Timbalanmnya, Encik Ahmad Zahid di kediamannya sebelum hadir merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 pada Sabtu (25 Nov). (Gambar: Zahid Hamidi/Facebook)
Berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023, Encik Anwar berkata beliau sempat menziarahi Encik Ahmad Zahid di kediamannya sebelum hadir merasmikan karnival berkenaan.
"Saya ingin menyampaikan salam daripada Ahmad Zahid yang sekarang Alhamdulillah telah bertambah sihat.
"Kalau ikutkan dia nak datang, tetapi saya bagi arahan tak boleh hadir sebab dia perlu masa untuk berehat sedikit," katanya.
Pada Khamis lalu, Encik Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah memuat naik catatan di Facebook rasminya bagi memaklumkan bahawa beliau dalam tempoh berehat selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan pada 16 Nov lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.