Tahap kawalan balai polis, kawasan berprofil tinggi di Johor dipertingkat
Ketua Polis Negara Razarudin Husain ketika ditemui para wartawan selepas meninjau lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, pada Jumaat (17 Mei). (Gambar: Bernama)
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
"Ini merupakan tindakan intervensi kita bagi menyekat apa-apa tindakan Jemaah Islamiyah, ia mustahak dan (menjadi) tanggungjawab kami terutama dalam tingkat kawalan anggota," katanya di sidang media di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat (17 Mei).
Pada masa yang sama, beliau turut meminta pegawai dan anggota yang bertugas di dalam atau luar lapangan untuk sentiasa bersiap siaga dan berhati-hati sepanjang masa.
Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi Jumaat, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun dan suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.
Suspek lelaki yang ditembak mati itu dipercayai anggota Jemaah Islamiyah dan serbuan telah dilakukan ke atas rumah suspek di Ulu Tiram yang membawa kepada penahanan lima anggota keluarganya berusia 19 hingga 62 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.