Tahap amaran Gunung Mayon Filipina dinaikkan lagi
Tahap amaran di Gunung Mayon di Filipina dinaikkan satu tahap lagi kerana ada tanda-tanda lahar yang semakin bertambah akan menyebabkan letusan bahan berbahaya.
FILIPINA: Tahap amaran di Gunung Mayon di Filipina dinaikkan satu tahap lagi kerana ada tanda-tanda lahar yang semakin bertambah akan menyebabkan letusan bahan berbahaya.
Semalam, gunung berapi itu memuntahkan abu lebih dua kilometer ke udara.
Para penduduk dipindahkan dari dua buah kampung berhampiran Mayon di wilayah tengah Albay.
Rakaman-rakaman video menunjukkan "letusan wap" gunung berapi Mayon yang berlaku kira-kira 5 petang waktu tempatan semalam.
Para penduduk dinasihati supaya menjauhkan diri dalam lingkungan enam kilometer dari gunung ini,
untuk mengelakkan daripada terkena ledakan, runtuhan batu dan tanah runtuh.
Kali terakhir Gunung Mayon meletus adalah pada tahun 2014.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.