Skip to main content

Dunia

Tahap amaran dinaikkan setelah Gunung Merapi meletus hari ini

Indonesia menaikkan tahap amaran bagi penerbangan di sekitar kawasan Gunung Merapi di Magelang, Jawa Tengah, ke paras tertinggi hari ini (1 Jun) selepas ia memuntahkan debu setinggi 6 kilometer ke udara menyusuli letusan terbesarnya tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tahap amaran dinaikkan setelah Gunung Merapi meletus hari ini

Gambar: BNPB

Diterbitkan : 01 Jun 2018 06:07PM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 06:09PM

JAKARTA: Indonesia menaikkan tahap amaran bagi penerbangan di sekitar kawasan Gunung Merapi di Magelang, Jawa Tengah, ke paras tertinggi hari ini (1 Jun) selepas ia memuntahkan debu setinggi 6 kilometer ke udara menyusuli letusan terbesarnya tahun ini.

Notis Balai Cerap Gunung Berapi bagi Penerbangan (VONA) mengeluarkan amaran warna merah yang bermakna gunung berapi itu meletus dengan debu ke atmosfera.

Namun, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) menyatakan bahawa letusan itu hanya berlarutan selama dua minit dan Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sucipto di Yogyakarta masih dibuka.

Amaran warna merah tidak bermakna bahawa lapangan terbang berdekatan perlu ditutup, tetapi ia harus dalam keadaan berjaga-jaga, bergantung kepada kekuatan letusan dan arah tiupan angin.

BNPB selanjutnya menyatakan bahawa letusan gunung berapi itu tidak menyebabkan keadaan cemas dalam kalangan penduduk yang tinggal berdekatan gunung berapi itu dan mereka tidak perlu dipindahkan dengan segera.

Agensi itu juga menggesa orang ramai supaya bertenang.

Pihak berkuasa sudahpun melarang sebarang kegiatan sekitar 3 kilometer dari kawasan gunung berapi itu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita