Skip to main content

Dunia

Tahanan rumah Najib boleh jejas kestabilan politik, imej negara: Peguam Negara Malaysia

Beberapa ahli Lembaga Pengampunan berpandangan mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak perlu meneruskan hukuman penjara dan tidak diberikan tahanan rumah, lapor Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Tahanan rumah Najib boleh jejas kestabilan politik, imej negara: Peguam Negara Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak digiring pegawai penjara ketika tiba di kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 November 2026. (Gambar: AP/Vincent Thian)

Diterbitkan : 18 Nov 2026 03:37PM
Najib’s home detention could affect political stability and the country’s image: Malaysia Attorney General
  • The minutes of the 64th Pardons Board meeting on 18 September 2026 recorded differences of opinion over the remainder of Najib Razak’s sentence in the SRC International case.
  • Attorney General Mohd Dusuki Mokhtar and Minister Hannah Yeoh believed Najib should remain in prison until 2028, citing the impact on political stability, the economy, investment and the country’s image.
  • Razarudin Husain also supported that position but left the decision to Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, while asking that Najib’s health be taken into account; he and Harmindar Singh Dhaliwal accepted the conditions without comment.
  • The Agong allowed Najib to serve the remainder of his sentence under home detention, on condition that the RM50 million fine was paid. On 10 November, Najib began serving his home detention at his residence on Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Dijana oleh AI

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Lembaga Pengampunan berpandangan mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak perlu meneruskan hukuman penjara dan tidak diberikan tahanan rumah, lapor Astro Awani. 

Antaranya Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang tidak bersetuju dengan pengampunan bersyarat berkenaan.

Perkara tersebut berdasarkan kandungan dokumen yang dipercayai merupakan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64, bertarikh 18 September 2026, yang diperoleh Astro Awani.

Berdasarkan dokumen berkenaan, Encik Mohd Dusuki dilaporkan berpandangan Najib perlu meneruskan hukuman penjara sehingga 2028 sebagaimana keputusan pengampunan sebelum ini.

"Beliau menyatakan bahawa keputusan ini akan memberi kesan kepada kerajaan khususnya kestabilan politik, ekonomi, pelaburan dan imej negara di peringkat antarabangsa.

"Beliau menegaskan bahawa banduan hendaklah meneruskan hukuman," menurut perenggan 1.2 minit mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Cik Hannah turut menyatakan pandangannya adalah sama seperti Peguam Negara, sebagaimana pendirian yang dikemukakan dalam mesyuarat sebelum ini.

Anggota Lembaga Pengampunan yang juga mantan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain turut bersetuju dengan pandangan Peguam Negara supaya Najib meneruskan hukuman penjara, namun menyerahkan keputusan akhir kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut minit berkenaan, Encik Razarudin turut membangkitkan faktor kesihatan Najib sebagai antara perkara yang perlu diberikan pertimbangan.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta (S$15.74 juta).

Menurut Astro Awani, minit mesyuarat tersebut turut merekodkan bahawa Encik Mohd Dusuki dan Cik Hannah tidak memberikan sebarang komen terhadap draf syarat pengampunan yang disediakan kerana tidak bersetuju dengan pengampunan bersyarat tersebut.

Sementara itu, Encik Razarudin bersama seorang lagi anggota Lembaga Pengampunan, Harmindar Singh Dhaliwal bersetuju dengan syarat-syarat yang dicadangkan tanpa sebarang komen.

Pada 10 November, Najib mula menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd secara tahanan rumah di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita