Skip to main content

Dunia

Tabung Haji sambut baik langkah pinda akta, komited kukuh tadbir urus

Anggaran Waktu Membaca:
Tabung Haji sambut baik langkah pinda akta, komited kukuh tadbir urus

Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Aug 2026 04:30PM
  • Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik cadangan kerajaan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995 seperti disyorkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
  • Pindaan ini bertujuan memperkukuh tadbir urus dan memastikan amanah umat Islam sentiasa terpelihara.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan langkah ini selari dengan usaha Kerajaan MADANI memperbaiki kelemahan institusi.
  • TH komited meningkatkan ketelusan dan integriti demi kepentingan pendeposit serta kemampanan institusi untuk masa depan.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995 selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memperkukuh tatakelola dalam memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan terus terpelihara.

TH memaklumkan, sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang menguruskan simpanan umat Islam untuk menunaikan haji, TH komited untuk terus memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan integriti demi menjaga kepentingan pendeposit serta kemampanan institusi.

“TH akan terus menyokong setiap usaha peningkatan bagi memperkukuh kepercayaan pendeposit dan memastikan amanah ini terus terpelihara untuk generasi akan datang,” menurut TH menerusi catatannya di Facebook rasminya pada Isnin (17 Ogos).

Awal dari itu, pada Ahad, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi catatannya di Facebook berkata, kerajaan akan melaksanakan pindaan terhadap Akta TH 1995 (Akta 535) bagi memastikan amanah umat Islam terus dipelihara.

Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pindaan tersebut merupakan antara langkah Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tatakelola dan memastikan setiap kelemahan institusi diperbetul dengan tegas.
Sumber : Bernama/AZ/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita