Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tabung Haji hangus hampir RM2 juta angkara penipuan online

Anggaran Waktu Membaca:
Tabung Haji hangus hampir RM2 juta angkara penipuan online

Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim (Gambar fail: Astro AWANI)

SHAH ALAM: Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian sebanyak RM1.96 juta (S$602,068) akibat aktiviti penipuan online.

Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim berkata TH harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu kehilangan wang para penyimpan yang berpunca daripada aktiviti penipuan online, lapor Sinar Harian.

“Hasil mesyuarat bersama antara Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan TH telah memutuskan bahawa kehilangan wang semasa proses dan interaksi pengeluaran wang (debit) dalam akaun TH adalah tertakluk kepada faktor kesiagaan bank berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (25 Jan).

Menurut beliau, aspek pampasan kepada mangsa penipuan hendaklah diuruskan melalui dasar insurans perbankan itu sendiri.

“Jawatankuasa memutuskan adalah menjadi tanggungjawab utama bank berkenaan agar penyimpan wang tidak hilang keyakinan kepada mereka,” Sinar Harian memetik kata-kata Encik Rais.

Tambah Encik Rais, jawatankuasa itu turut mencadangkan agar tanggungjawab harus diambil oleh pihak bank yang menjadi perantara dalam urusan TH kerana urusan pengeluaran wang simpanan menggunakan perbankan konvensional dan bukannya melalui TH itu sendiri.

“Jawatankuasa turut mencadangkan agar pihak TH memberi peluang kepada penyimpan wang di bawah TH untuk membuat pilihan sama ada urusan simpanan dan pengeluaran dibuat secara manual atau secara dalam talian,” ujarnya.

Encik Rais berkata TH juga perlu memperhebatkan lagi hebahan media mengenai kempen kesedaran penipuan online kepada masyarakat.

Katanya, kempen tersebut boleh disebarkan menerusi media sosial, cetak dan penyiaran.

“TH dan bank perantara perlu meningkatkan aspek keselamatan dari segi urusan perbankan online. Dicadangkan juga agar syarat-syarat pengeluaran wang secara dalam talian diperketatkan sama seperti agensi lain seperti yang dibuat oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam urusan jual beli Amanah Saham Bumiputera," katanya.

Encik Rais menambah TH juga perlu menyediakan laporan atau penyata ganti rugi yang diberikan kepada mangsa penipuan, khususnya berkaitan dengan TH agar masalah tersebut dapat dipantau dari semasa ke semasa.

“Keputusan mesyuarat jawatankuasa ini akan diusulkan dalam sidang Dewan Negara akan datang agar isu dan permasalahan yang dihadapi rakyat mendapat perhatian yang sewajarnya,” ujarnya seperti dipetik Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan