Skip to main content

Dunia

Tabung Haji buat 2 aduan polis terhadap bekas pengerusi dan beberapa pegawai kanan

Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia membuat dua aduan polis terhadap bekas pengerusi, Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas ketua pegawai eksekutif, Ismee Ismail dan Johan Abdullah serta barisan pengurusan kanan pada Jumaat (30 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Tabung Haji buat 2 aduan polis terhadap bekas pengerusi dan beberapa pegawai kanan

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2018 10:07AM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 10:11AM

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia membuat dua aduan polis terhadap bekas pengerusi, Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas ketua pegawai eksekutif, Ismee Ismail dan Johan Abdullah serta barisan pengurusan kanan pada Jumaat (30 Nov).

Ia berkata laporan yang dikemukakan itu adalah siasatan dalaman yang pertama dalam transaksi masa lalu, yang dipimpin oleh pengurusan baru itu sejak Julai 2018.

Kakitangan kanan yang terbabit adalah Ketua Pegawai Operasi, Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Kewangan, Rozaida Omar, Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.

Laporan pertama membabitkan program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017 di mana dana berjumlah lebih RM22 juta (S$7.2 juta) disalurkan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik.

“Ini bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH,” menurut TH dalam kenyataan malam Jumaat (30 Nov) berhubung laporan polis dibuat dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Ia berkata pemegang amanah YTH pada masa itu ialah Encik Abdul Azeez, Encik Ismee, Encik Johan, Encik Adi Azuan dan Cik Rozaida.

YTH ditubuhkan pada 2016 untuk melaksanakan, antara lain, bantuan kemanusiaan serta menyalurkan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik, miskin dan yang memerlukan.

TH menyumbang RM7 juta (S$2.3 juta) kepada program tersebut.

Laporan kedua terhadap Ismee, Hazlinda dan Rifina adalah berkaitan dakwaan salah nyata dan menyekat maklumat material melibatkan penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga RM3.7 bilion (S$1.2 bilion).

Menurut kenyataan itu, PT TH Indo Plantations memiliki 83,000 hektar ladang kelapa sawit di Indonesia.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita