Skip to main content

Dunia

Syrian Air sambung penerbangan Damsyik-Jeddah selepas 8 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Syrian Air sambung penerbangan  Damsyik-Jeddah selepas 8 tahun

(Gambar: Facebook/Tourism in Syria)

Diterbitkan : 03 Nov 2024 03:41PM
RIYADH: Syarikat penerbangan Syrian Air mengumumkan penyambungan semula penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah, dari Khamis (7 Nov), lapor Agensi Berita Syria.

Ketua Pengarah Syrian Airlines Hatem Kabbas berkata dua penerbangan akan ditawarkan setiap minggu, pada Isnin dan Khamis.

Encik Kabbas berkata operasi perkhidmatan penerbangan akan ditawarkan kepada penduduk kedua-dua negara dan memudahkan pergerakan pengangkutan dan komunikasi di setiap peringkat.

Beliau menarik perhatian bahawa penerbangan biasa antara kedua-dua lapangan terbang digantung sejak 8 Mei 2016.
Awal tahun ini, Syrian Air mengendalikan khidmatnya untuk membawa jemaah Haji ke Arab Saudi.

Pada Mei lalu, Syria memulakan penerbangan Haji langsung dari Lapangan Terbang Damsyik ke Lapangan Terbang Raja Abdulaziz di Jeddah, sekali gus menamatkan pengasingan selama 12 tahun yang bermula sejak perang saudara di Syria.

Menurut laporan Saudi Gazette, kumpulan pertama jemaah haji seramai 270 warga Syria tiba di Arab Saudi pada 28 Mei.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita