Syria tuduh kumpulan pemberontak Kurdi dalangi serangan bom di Aleppo
Angkatan Pertahanan Syria mengawal kawasan sempadan. (Gambar fail: AFP)
DAMSYIK: Syria pada Ahad (21 Sep) menafikan menyasarkan sebuah kampung di wilayah Aleppo pada Sabtu (20 Sep), sebaliknya menuduh kumpulan pemberontak Kurdi melancarkan serangan yang menurut badan pemantau membunuh tujuh orang awam.
Pemantau perang Syria, Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia melaporkan lima wanita dan dua kanak-kanak terbunuh pada Sabtu di kawasan perkampungan Umm Tima, di kawasan Deir Hafer di wilayah Aleppo, dalam serangan bom yang dilaksanakan oleh "anggota tentera Syria".
Pentadbiran separuh bebas Kurdi mengawal kawasan utara dan timur laut Syria, termasuk medan minyak dan gas, dengan Angkatan Demokratik Syria sebagai pasukan tentera de facto.
Kawasan Deir Hafer dikawal oleh SDF namun ia terletak di sepanjang barisan hadapan antara tentera Syria dengan SDF, dan pertempuran secara berkala berlaku di kawasan itu, kata ketua Balai Cerap Syria Rami Abdel Rahman kepada AFP.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.