Skip to main content

Dunia

Syria tuduh Israel serang pangkalan tentera Damsyik

Israel melancarkan beberapa serangan udara yang merosakkan lapangan terbang tentera di tengah Syria, menurut sumber tentera yang dipetik oleh agensi berita Syria, SANA pada Selasa (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Syria tuduh Israel serang pangkalan tentera Damsyik

Gambar fail bendera Syria dan dua askar pemerintah (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Jan 2020 04:43PM Dikemas Kini : 15 Jan 2020 04:56PM

DAMSYIK: Israel melancarkan beberapa serangan udara yang merosakkan lapangan terbang tentera di tengah Syria, menurut sumber tentera yang dipetik oleh agensi berita Syria, SANA pada Selasa (14 Jan).

Israel "mengetuai serangan baru ke atas lapangan terbang T4 ... pertahanan udara segera diaktifkan terhadap peluru berpandu musuh, memusnahkan beberapa daripadanya," sumber tentera memberitahu SANA.

"Empat peluru berpandu terkena zon yang disasarkan," menyebabkan kerosakan namun tiada mangsa terkorban, menurut laporan itu.

Serangan di wilayah Homs di utara ibu kota Damsyik, berlaku sekitar 10.00 malam waktu tempatan, menurut sumber itu.

Dalam satu laporan sebelum itu, SANA menyatakan pertahanan udara Syria diaktifkan untuk menghadapi "pencerobohan," berkenaan tanpa menyatakan dalangnya.

Jurucakap tentera Israel tidak memberi komen berhubung tuduhan itu apabila dihubungi AFP.

Insiden itu mengeruhkan lagi ketegangan di Timur Tengah selepas satu dron Amerika Syarikat membunuh panglima Iran, Qasem Soleimani dalam serangan disasarkan di Iraq pada 3 Januari.

Sejak permulaan konflik Syria pada 2011, Israel telah melancarkan banyak serangan udara ke atas kuasa pemerintah Syria dan sekutunya, Iran dan kumpulan Hezbollah dari Lubnan yang disokong Tehran, kesemuanya seteru Israel.

Israel bertegas tidak akan membenarkan Syria menjadi sebuah kubu kuat tentera Tehran.

Pangkalan tentera yang sama pernah menjadi sasaran serangan-serangan lalu Israel.

Konflik di Syria bertambah rumit dengan adanya pelibatan kuasa-kuasa antarabangsa.

Lebih 380,000 orang terkorban, termasuk lebih 115,000 orang awam.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita