Syria lanjutkan gencatan senjata dengan pasukan Kurdi selama 15 hari
Gencatan senjata selama empat hari antara pemerintah Syria dan pasukan Kurdi, yang tamat pada Sabtu malam (24 Jan), dilanjutkan selama 15 hari lagi, menurut kedua-dua pihak, sekali gus memberikan keredaan di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak.
Anggaran Waktu Membaca:
QAMISHLI: Gencatan senjata selama empat hari antara pemerintah Syria dan pasukan Kurdi, yang tamat pada Sabtu malam (24 Jan), dilanjutkan selama 15 hari lagi, menurut kedua-dua pihak, sekali gus memberikan keredaan di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak.
Dalam tempoh dua minggu lalu, tentera pemerintah merampas kawasan yang luas di wilayah utara dan timur negara itu daripada Syrian Democratic Forces (SDF) yang diterajui kumpulan Kurdi, dalam satu perkembangan pantas yang mengukuhkan pemerintah Presiden Ahmed al-Sharaa.
Pasukan Encik Sharaa hampir mengepung kubu terakhir SDF awal minggu ini apabila beliau secara mengejut mengumumkan gencatan senjata, memberi tempoh hingga Sabtu malam kepada SDF untuk melucutkan senjata dan mengemukakan pelan untuk disepadukan dengan tentera Syria – atau berdepan penyambungan pertempuran.
Awal Sabtu, seorang pegawai Syria berkata SDF tidak memberi sebarang maklum balas terhadap usaha pemerintah untuk menghubungi mereka, manakala SDF pula menuduh pemerintah bergerak ke arah peningkatan ketegangan "secara sistematik” melalui penambahan kekuatan ketenteraan.
Namun, kira-kira sejam sebelum tengah malam, Kementerian Pertahanan Syria mengumumkan bahawa pasukannya akan menghentikan operasi ketenteraan selama 15 hari lagi untuk menyokong operasi Amerika Syarikat yang sedang berlangsung untuk memindahkan tahanan kumpulan ISIS dari Syria ke Iraq.
SDF menyatakan dalam satu kenyataan bahawa persetujuan itu dicapai menerusi perantaraan antarabangsa, “sementara dialog dengan Damsyik diteruskan”.
Gencatan senjata baharu itu berkuat kuasa pada pukul 11.00 malam (2000 GMT), menurut kenyataan kementerian tersebut.
AS, PERANCIS BERI AMARAN KEPADA SHARAA TENTANG KUMPULAN KURDI: SUMBER
Amerika Syarikat kini sedang giat menjalankan perundingan diplomatik untuk mewujudkan gencatan senjata yang kekal. Mereka juga cuba menyatukan SDF - yang merupakan rakan sekutu utama Washington di Syria selama ini - ke dalam pemerintah baharu yang dipimpin oleh sekutu pilihan mereka, Sharaa.
Pegawai kanan Amerika Syarikat dan Perancis menggesa Encik Sharaa agar tidak mengerahkan tenteranya ke kawasan yang masih dikuasai oleh kumpulan Kurdi, kerana bimbang pertempuran baharu boleh mencetuskan penganiayaan besar-besaran terhadap orang awam Kurdi, menurut sumber diplomatik kepada Reuters.
Tahun lepas, pasukan yang dikaitkan dengan kerajaan telah membunuh hampir 1,500 orang daripada kumpulan minoriti Alawite dan beratus-ratus orang Druze dalam keganasan kaum. Ini termasuklah pembunuhan kejam yang dilakukan dengan cara tembakan jarak dekat.
Di tengah-tengah ketidakstabilan di timur laut, tentera Amerika Syarikat memindahkan ratusan anggota kumpulan ISIS yang ditahan dari penjara Syria yang sebelum ini dikendalikan SDF ke Iraq.
KETEGANGAN SEMAKIN MENINGKAT SEPANJANG SETAHUN
Menjelang tarikh akhir pada Sabtu, pasukan SDF memperkukuhkan kedudukan pertahanan mereka di bandar Qamishli, Hasakeh dan Kobane sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan pertempuran, menurut sumber keselamatan Kurdi kepada Reuters.
Pertembungan yang mungkin berlaku itu merupakan puncak ketegangan yang meningkat sepanjang setahun lalu.
Encik Sharaa, yang pasukannya menumbangkan pemerintah lama Bashar al-Assad pada akhir 2024, berikrar untuk meletakkan seluruh Syria di bawah kawalan negara – termasuk kawasan-kawasan yang dikuasai SDF di timur laut.
Namun, pihak berkuasa Kurdi yang mengendalikan institusi awam dan ketenteraan autonomi di wilayah itu sejak sedekad lalu enggan bergabung dengan pemerintah baharu pimpinan Islam di bawah Encik Sharaa.
Selepas tarikh akhir pada hujung tahun bagi penggabungan itu berlalu tanpa banyak kemajuan, tentera Syria melancarkan serangan pada bulan ini.
Mereka dengan pantas menawan dua wilayah utama dengan majoriti penduduk Arab daripada SDF, sekali gus membawa medan minyak utama, empangan hidroelektrik serta beberapa kemudahan yang menempatkan anggota ISIS dan orang awam yang berkaitan ke bawah kawalan pemerintah.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.