Skip to main content

Dunia

Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan 2026
Bank Pusat Syria diberi kuasa untuk menetapkan garis masa dan lokasi bagi pertukaran mata wang. (Gambar: Reuters)
Diterbitkan : 26 Dec 2025 08:20AM Dikemas Kini : 26 Dec 2025 09:31AM
DAMSYIK: Syria dijadual akan memperkenalkan mata wang nasional baharu mulai 1 Jan 2026, umum Gabenor Bank Pusat Syria, Abdulkader Husarieh, pada Khamis (26 Dis), lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA).

Encik Husarieh menyifatkan langkah itu, yang diperincikan dalam Dekri No. 293 tahun 2025, sebagai "peristiwa penting negara" serta permulaan fasa ekonomi dan kewangan baharu bagi negara tersebut.

Di bawah dekri berkenaan, Bank Pusat diberi kuasa untuk menetapkan garis masa dan lokasi bagi pertukaran mata wang, katanya lagi, sambil memberi jaminan bahawa proses itu akan berjalan lancar dan teratur.

Beliau berkata, prosedur berkenaan akan diterangkan secara jelas dan telus dalam satu sidang media khas, yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan orang ramai dan memperkukuh kerjasama antara bank tersebut dan rakyat.

Mengulas kepentingan mata wang baharu itu, Encik Husarieh berkata, ia melambangkan kedaulatan kewangan Syria selepas pembebasan negara serta mewakili satu langkah ke arah kestabilan dan pembangunan ekonomi.

Beliau berkata, inisiatif itu adalah pencapaian nasional yang dibina berasaskan kejayaan pascapembebasan negara dan dilaksanakan melalui usaha bersepadu Bank Pusat bersama beberapa sektor berkaitan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita