Syria kecam Colombia iktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan yang diduduki
Anggaran Waktu Membaca:
Sempadan antara Syria dengan bandar Majdal Shams di Bukit Golan yang dikuasai Israel pada 21 Julai 2026. (Gambar fail: AP)
- Syria mengecam tindakan Colombia yang mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan yang diduduki pada 10 Ogos, menyifatkannya melanggar undang-undang antarabangsa.
- Kementerian Luar Syria menegaskan Bukit Golan adalah sebahagian wilayah Syria dan merujuk pendirian Setiausaha Agung PBB serta ketetapan PBB yang menyokong hak Syria.
- Syria menyatakan sokongan antarabangsa terhadap pendiriannya semakin meningkat, dengan lebih banyak negara menyokong ketetapan PBB berkaitan Bukit Golan.
- Syria juga mengecam serangan Israel ke atas wilayahnya dan berikrar terus mempertahankan kedaulatan melalui saluran diplomatik dan perundangan.
ISTANBUL: Syria pada Selasa (11 Ogos) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Colombia mengiktiraf apa yang disifatkannya sebagai "kedaulatan Israel" ke atas Bukit Golan yang diduduki.
Syria menyifatkan langkah itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa dan ketetapan berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Syria mengecam pengisytiharan Colombia pada 10 Ogos yang mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan yang diduduki berdasarkan alasan keselamatan yang disifatkannya tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Kementerian itu menegaskan bahawa Bukit Golan merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah Syria.
Ia menyatakan pendirian Colombia itu melanggar Piagam PBB, prinsip larangan memperoleh wilayah melalui kekerasan serta Ketetapan 497 Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan pada 1981.
Kementerian itu turut merujuk pendirian Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres yang menegaskan bahawa Bukit Golan ialah wilayah Syria dan PBB mengiktiraf kawasan itu sebagai sebahagian daripada Syria.
Menurut kementerian itu, sokongan antarabangsa terhadap pendirian Syria berhubung Bukit Golan yang diduduki semakin meningkat.
Sokongan terhadap ketetapan tahunan Perhimpunan Agung PBB bertajuk "The Syrian Golan" meningkat daripada 97 negara pada 2024 kepada 123 negara pada 2025.
Kementerian itu turut mengecam serangan dan pencerobohan berterusan Israel ke atas wilayah Syria serta menggesa negara-negara dan pertubuhan antarabangsa supaya mematuhi undang-undang antarabangsa dan ketetapan PBB.
Syria menyatakan ia akan terus menggunakan saluran diplomatik dan perundangan untuk mempertahankan kedaulatan, keutuhan wilayah serta haknya, selain berusaha mendapatkan semula wilayah yang diduduki.

Sumber : Bernama/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.