Syria jalankan operasi pencegahan terhadap unit kecil ISIS
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Fail Presiden Syria Ahmed al-Sharaa. (Gambar: AFP)
BEIRUT: Syria melancarkan operasi pencegahan di seluruh negara yang menyasarkan unit-unit kecil ISIS, menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri pada Sabtu (8 Nov).
Pasukan keselamatan Syria menjalankan 61 serbuan, dengan 71 individu ditahan.
Bahan letupan dan senjata juga dirampas, kata jurucakap itu kepada saluran televisyen milik pemerintah, Al Ekhbariya TV.
Serbuan itu dijalankan menjelang lawatan Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, ke Washington untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan menyertai pakatan anti-ISIS yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Jabatan Negara dan Pentagon Amerika Syarikat tidak segera memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas mengenai perkara itu.
Washington dilaporkan sedang bersedia untuk mewujudkan sebuah kumpulan tentera di pangkalan udara Damsyik bagi membantu mengupayakan perjanjian keselamatan yang sedang diusahakan antara Syria dan Israel.
Demikian menurut enam sumber yang mengetahui perkara itu, seperti dilaporkan agensi berita Reuters sebelum ini.
Seorang pegawai pentadbiran Amerika Syarikat juga sebelum ini berkata bahawa Washington sentiasa menilai keperluan strategiknya di Syria untuk memerangi kumpulan ISIS secara berkesan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.