Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syria, Arab Saudi setuju pulihkan khidmat konsular, penerbangan udara

Anggaran Waktu Membaca:
Syria, Arab Saudi setuju pulihkan khidmat konsular, penerbangan udara

Menteri Luar Syria Faisal Mekdad (kiri) mengadakan pertemuan dengan Menteri Ehwal Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan (kanan). (Gambar: SAUDI PRESS AGENCY / AFP)

DAMSYIK: Syria dan Arab Saudi dalam satu kenyataan bersama bersetuju untuk menyambung semula perkhidmatan konsular dan penerbangan pada Rabu (12 Apr), selepas hubungan dua hala terhenti sejak bertahun-tahun.

Pengumuman itu dibuat ketika Menteri Luar Syria Faisal Mekdad mengakhiri lawatan pertamanya ke Arab Saudi pada Rabu, sejak perang saudara Syria meletus pada 2011.
 
Kenyataan itu turut menekankan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan keselamatan dan usaha memerangi keganasan, menurut Kementerian Luar Syria.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak membincangkan langkah-langkah yang perlu untuk penyelesaian politik yang komprehensif terhadap krisis di Syria, mencapai perdamaian nasional, dan menyumbang kepada usaha ke arah kembalinya Syria ke Liga Arab.

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menyelesaikan isu kemanusiaan dan menawarkan bantuan kepada Syria, lapor Xinhua, memetik Agensi Akhbar Saudi.

Kedua-dua pihak menekankan kepentingan kepulangan pelarian Syria dan individu yang dipindahkan, serta mengambil langkah yang diperlukan untuk menstabilkan keadaan di negara itu.

Lawatan Encik Mekdad ke Arab Saudi adalah atas jemputan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al Saud.

Dalam pada itu, Tunisia dan Syria pada Rabu memutuskan untuk membuka semula kedutaan masing-masing bagi menyambung semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Sumber : Bernama/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan