Syed Saddiq sertai jelajah PN, dedah Muhyiddin
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/syedsaddiq)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bersama Perikatan Nasional (PN) untuk menjelajah seluruh Malaysia, bagi memberi penjelasan mengenai isu semasa negara.
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata, Syed Saadiq menyatakan kesediaannya untuk bersama di pentas PN nanti, lapor Malaysiakini.
Siri jelajah itu juga akan memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kedudukan dan peranan PN.
"Pasal Syed Saddiq pun menyokong kita. Walaupun beliau tidak menyertai dalam PN, tapi pro kita.
"Kita PN di peringkat tertinggi telah buat keputusan, kita akan mengadakan jelajah di semua negeri untuk menjelaskan isu-isu semasa.
“Dan mendengar rintihan rakyat di bawah dan apa peranan PN boleh lakukan," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen PN di Kuala Lumpur, pada Sabtu (9 Mac).
Malaysiakini sedang menghubungi Syed Saddiq dan kepimpinan Muda bagi mendapatkan maklum balas lanjut mengenai pengumuman pengerusi PN ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata siri jelajah itu akan berlangsung selepas Ramadan.
Katanya, PN memberi fokus kepada usaha sebagai langkah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti tersebut.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.