Syed Saddiq raih lebih RM100,000 daripada kempen lariannya
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Syed Saddiq Syed Abdul Rahman)
SELANGOR: Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sudah menamatkan lebih separuh larian sejauh 200km dari kawasan yang diwakilinya ke bangunan parlimen di Kuala Lumpur.
Memulakan lariannya pada Jumaat (28 Jun), Syed Saddiq tiba di Beranang, Selangor, sekitar pukul 11:45 pada Ahad (30 Jun) pagi.
"Lebih kurang 80 kilometer (km) lagi sebelum saya sampai di parlimen.
"Hari ini akan jadi lebih mencabar dari sebelum ini," katanya pada catatan di X.
Mantan presiden Muda itu memulakan kempen “Langkah Muar” bagi membantah kegagalan kerajaan memperuntukkan dana ke kawasan anggota parlimen pembangkang, lapor Malaysiakini.
Syed Saddiq melahirkan kebimbangan terhadap kekurangan peruntukan bagi kawasan yang dikuasai pembangkang, berkata kawasan wakil rakyat kerajaan menerima RM20 juta (S$5.8 juta).
Beliau berkata tiada perkembangan mengenai isu itu walaupun usaha, termasuk pertemuan dengan timbalan perdana menteri Malaysia dan beberapa surat sudah diutus.
Dalam pada itu, Syed Saddiq mengumumkan lariannya itu telah mengumpul RM101,006 (S$29,000) dalam tempoh kurang dari 48 jam.
"Alhamdulillah. Saya terhutang budi kepada semua.
"Lagi ditekan, lagi ramai yang berkawan.
"Sakit macam mana pun, saya tidak akan berhenti.
"Kini, saya dah lari 124km. Sikit saja lagi," katanya.
Beliau akan berlari sejauh 25km lagi pada Ahad malam dan menjangkakan sampai ke garisan penamat sekitar pukul 8:30 pagi pada Isnin (1 Jul).

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.