Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan pengubahan wang haram RM100,000

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini (5 Ogos) atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 (S$32,000), tiga tahun lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan pengubahan wang haram RM100,000

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Johor Bahru sekitar 9.00 pagi pada 5 Ogos 2021. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 05 Aug 2021 11:59AM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 12:04PM

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini (5 Ogos) atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 (S$32,000), tiga tahun lalu.

Syed Saddiq, 29 tahun, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Syed Saddiq didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 (S$16,000) di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan