Syed Saddiq luah hasrat mahu pertahan kerusi Parlimen Muar
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Syed Saddiq/Instagram
MUAR: Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan hasrat kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Syed Saddiq yang merupakan penyandang kerusi berkenaan berkata beliau mahu mempertahankan kerusi dimenanginya itu kerana berasa terhutang budi kepada warga Muar yang memberikannya peluang untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen pada PRU14.
Pada PRU14, Syed Saddiq yang merupakan calon PH daripada Bersatu menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar Razali Ibrahim (Barisan Nasional) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi.
"Namun saya tidak mahu mendahului perkara itu kerana menghormati proses rundingan bersama sahabat PH, tetapi saya telahpun menyampaikan niat saya untuk mempertahankan kerusi Muar,” katanya kepada para pemberita selepas Majlis Malam Mesra Muo semalam (22 Okt).
Sebelum ini Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengesahkan gabungan itu akan menjalin kerjasama dengan MUDA bagi menghadapi PRU15.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.