Skip to main content

Dunia

Syed Saddiq lepaskan jawatan Presiden MUDA, ikrar bersihkan nama

Anggaran Waktu Membaca:
Syed Saddiq lepaskan jawatan Presiden MUDA, ikrar bersihkan nama

Syed Saddiq di Mahkamah pada 9 Nov 2023. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melepaskan jawatannya sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik  Malaysia (MUDA) serta-merta pada Khamsi (9 Nov), susulan keputusan mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Beliau berkata jawatan itu akan dipangku sementara waktu oleh Timbalan Presiden MUDA Amira Aisya Abd Aziz dan keputusan itu telah dipersetujui secara kolektif oleh mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA pada Khamis.

“Saya mengosongkan jawatan Presiden serta-merta sementara membersihkan nama saya melalui proses mahkamah.

“Saya tidak akan melibatkan diri atau dilibatkan lagi dalam mana-mana keputusan dalam Parti MUDA dan yang berkaitan dengan masa depan MUDA, namun saya akan terus mendukung parti ini sebagai ahli,” katanya pada sidang media khas.

Pada pagi Khamis, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Syed Saddiq, 30 tahun, bersalah dan dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta (S$2.9 juta) atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada.
Sementara itu, Cik Amira Aisya yang kini memangku jawatan presiden parti itu berkata Parti MUDA menghormati keputusan mahkamah dan perjuangan Syed Saddiq dalam parti itu tetap diteruskan demi membawa landskap politik baharu.
Sumber : Bernama/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita