Syed Saddiq lancar tabung untuk bayar kos guaman, ikat jamin
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa di mahkamah dengan dua tuduhan semalam (22 Jul), melancarkan kempen pendanaan awam untuk membantunya membayar kos guaman dan juga wang ikat jamin RM330,000 (S$106,000), lapor Malaysiakini.

Syed Saddiq di luar mahkamah. (Gambar: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman/Facebook)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa di mahkamah dengan dua tuduhan semalam (22 Jul), melancarkan kempen pendanaan awam untuk membantunya membayar kos guaman dan juga wang ikat jamin RM330,000 (S$106,000), lapor Malaysiakini.
Menerusi akaun media sosialnya malam semalam, Syed Saddiq memuat naik poster kempen tersebut dan membuat siaran secara langsung selama 1 jam 18 minit.
Dalam sesi itu Encik Syed Saddiq sekali lagi menegaskan dia tidak bersalah atas tuduhan rasuah dan meminta penyokongnya berkongsi rakaman video itu serta menyumbang kepada dana berkenaan.
Malaysiakini menyatakan ia tidak dapat melaporkan secara terperinci tentang kandungan video tersebut kerana berisiko melakukan subjudis terhadap perbicaraan di mahkamah.
Semalam, Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1.12 juta (S$0.36 juta).
Bagi tuduhan pertama, dia dituduh menyalahgunakan wang Bersatu itu melalui cek CIMB Bank, di CIMB Bank, KL Sentral, Kuala Lumpur, pada 6 Mac tahun lalu.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan dana yang dikumpulkan Armada - bernilai RM120,000 (S$38,545) - yang sepatutnya digunakan pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
Mantan Menteri Belia dan Sukan itu mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas kedua-dua tuduhan berkenaan.
Mahkamah membenarkan Syed Saddiq diikat jamin sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tuduhan.
Bagaimanapun hakim membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk membayar RM80,000 (S$25,696) daripada ikat jamin itu semalam manakala bakinya dilunaskan selewat-lewatnya Selasa depan, lapor Malaysiakini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.