Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syed Saddiq kehilangan kucing kesayangannya Toby

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Bagi sesiapa saja yang mengikuti media sosial Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pasti mengenali kucing kesayangannya iaitu Toby.

Para pengikut akaun media sosial mantan Menteri Belia dan Sukan itu mudah mengenali kelibat si comel itu kerana Encik Syed Saddiq sering berkongsi aksi dan kemesraannya, selain kandungan berkaitan hal kerja politiknya.

Namun detik yang dianggap menjadi selingan santai antara hal-hal serius kerjayanya itu, berakhir sudah.

Encik Syed Saddiq memaklumkan pemergian kucing kesayangannya itu melalui Twitter pada Selasa (28 Feb), lapor agensi berita Astro Awani. 

“Kucing kesayangan saya, Toby telah meninggalkan kita, sangat mengejutkan.

“Terima kasih kerana ada dengan saya sepanjang masa yang sukar,” katanya, seperti dipetik Astro Awani. 

Para pengikut di media sosial turut bersimpati atas kehilangannya itu.

Sumber : Agensi berita/SS/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan