Syed Saddiq dihukum penjara 7 tahun, didenda RM10 juta
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Facebook/Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Khamis (9 Nov) dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan, serta denda RM10 juta (S$2.9 juta) selepas didapati bersalah atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram.
Ini menyusuli keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Azhar Abdul Hamid yang berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bagi tuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat melakukan pecah amanah sebanyak RM1 juta (S$289,300) dana milik sayap Angkatan Muda Bersatu (Armada) pada Mac 2020, dipetik Astro Awani.
Bagi tuduhan tersebut, Syed Saddiq diarah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan satu kali sebatan.
Bagi tuduhan menyalahgunakan RM120,000 (S$34,704) sumbangan parti milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan sekali sebatan.
Bagi dua tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan dua transaksi RM50,000 (S$14,460)setiap satu, Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM5 juta (S$1.4 juta), yang akan berjalan serentak.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan selama empat tahun jika gagal membayar denda, lapor Astro Awani.
Hakim membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan, menurut Astro Awani.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.