Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syed Saddiq digesa mohon maaf terbuka atas tuduhan terhadap UMNO, BN

Anggaran Waktu Membaca:
Syed Saddiq digesa mohon maaf terbuka atas tuduhan terhadap UMNO, BN

Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum BN Johor Onn Hafiz Ghazi. (Gambar: Bernama)

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor mendesak Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta maaf secara terbuka kepada UMNO dan BN atas tuduhan melulunya terhadap parti serta gabungan itu menyusuli ceramahnya di Muar, pada Ahad (16 Okt).

Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum BN Johor Onn Hafiz Ghazi berkata Syed Saddiq tanpa usul periksa, bukti dan saksi sudah membuat fitnah dengan menuduh UMNO dan BN mencetuskan kekecohan pada ceramah tersebut.

“Saya mengamati secara teliti apa yang dikatakan oleh Syed Saddiq dalam sebuah video yang tular semalam.

“Selaku Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum BN Johor, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melampau Syed Saddiq yang seolah-olah ingin memberikan imej buruk kepada UMNO dan BN,” kata Encik Onn Hafiz menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini (18 Okt).

Menteri Besar Johor itu berkata Syed Saddiq perlu meminta maaf dan bertanggungjawab atas tuduhan melulu dan provokasi yang bertujuan menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap UMNO dan BN.
 
“Hentikan politik tidak matang! Saya mendesak beliau (Syed Saddiq) untuk meminta maaf kepada orang UMNO dan BN secara terbuka dengan kadar yang segera,” katanya.

Kekecohan berlaku apabila kira-kira 30 individu tidak dikenali muncul pada program Ceramah Mega Muar anjuran MUDA yang dipercayai mencemuh dan melakukan kekecohan hampir tiga minit ketika Syed Saddiq menyampaikan ucapan.

Kumpulan individu berkenaan didakwa menjerit ‘penipu’ ketika Syed Saddiq bercakap mengenai bantuan yang disalurkannya sebelum ini sehingga ceramahnya terganggu.
 
Sumber : Bernama/NK/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan