Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syed Saddiq didakwa esok atas 2 tuduhan

Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis (22 Jul) atas kesalahan pecah amanah jenayah melibatkan RM1 juta (S$322,984) dan satu lagi tuduhan.

Anggaran Waktu Membaca:
Syed Saddiq didakwa esok atas 2 tuduhan

Gambar fail: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman/Facebook

Diterbitkan : 21 Jul 2021 11:39PM Dikemas Kini : 21 Jul 2021 11:41PM

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis (22 Jul) atas kesalahan pecah amanah jenayah melibatkan RM1 juta (S$322,984) dan satu lagi tuduhan.

Menurut sistem e-fail mahkamah, kes Syed Saddiq akan dibicarakan di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussin.

Sementara itu, menurut sumber, Syed Saddiq akan didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang.

Sumber-sumber menyatakan kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020. 

Sumber : Bernama/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa