Skip to main content

Dunia

Syed Saddiq cipta sejarah menteri termuda M'sia

"Anak muda bukan sahaja pemimpin untuk masa hadapan tetapi hari ini juga”: Syed Saddiq

Anggaran Waktu Membaca:
Syed Saddiq cipta sejarah menteri termuda M'sia

Petikan gambar rakaman istiadat angkat sumpah di Istana Negara.

Diterbitkan : 02 Jul 2018 06:23PM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 06:31PM

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini (2 Jul) mencipta sejarah apabila dilantik menyandang jawatan menteri penuh termuda di Malaysia. 

Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan pada usia 25 tahun mengatasi rekod yang dipegang Najib Razak yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada tahun 1978, pada usia yang sama. 

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu merupakan antara 13 menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Mengulas mengenai pelantikannya, Syed Saddiq berkata perkara ini menunjukkan satu pengiktirafan yang besar kepada pandangan dan suara golongan muda di negara ini oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kita harapkan melalui pelantikan ini, ia akan membuka lebih banyak peluang kepada anak muda untuk menyerlahkan diri pada masa depan. Anak muda bukan sahaja pemimpin untuk masa hadapan tetapi hari ini juga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas upacara itu. 

Tiga belas menteri yang mengangkat sumpah hari ini menjadikan keseluruhan 26 menteri dalam Kabinet. 

Menteri baru yang dilantik:

1. Menteri Sumber Asli dan Sekitaran:
Xavier Jayakumar

2. Menteri Pembangunan Keusahawanan: Mohd Redzuan Mohd Yusof

3. Menteri Tenaga Kerja: Baru Bian

4. Menteri Ehwal Luar: Saifuddin Abdullah

5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama): Mujahid Yusof Rawa

6. Menteri Industri-Industri Asas: Teresa Kok Suh Sim

7. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Mohamaddin Ketapi

8. Menteri Dagangan dan Industri Antarabangsa: Ignatius Darell

9. Menteri Sukan dan Belia: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

10. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang): Liew Vui Keong

11. Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Sekitaran: Yeo Bee Yin

12. Menteri Wilayah-Wilayah Persekutuan: Khalid Abdul Samad

13. Menteri Dagangan Dalam Negara dan Ehwal Pengguna: Saifuddin Nasution

Timbalan menteri yang dilantik:

1. Timbalan Menteri Kewangan: Amiruddin Hamzah

 2. Timbalan Menteri Dalam Negeri: Mohd Azis Jamman  

 3. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Hannah Yeoh Tseow Suan

4. Timbalan Menteri Pendidikan: Teo Nie Ching

5. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat: R. Sivarasa

6. Timbalan Menteri Pengangkutan: Kamarudin Jaffar  

7. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia: Eddin Syazlee Shith

8. Timbalan Menteri Sumber Manusia: Mahfuz Omar  

9. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Sim Tze Tzin

10. Timbalan Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye  

11. Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Steven Sim Chee Keong  

12. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan: Dr Hatta Md Ramli 

13. TImbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji 

14. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Chong Chieng Jen

15. Timbalan Menteri Kerja Raya: Mohd Anuar Mohd Tahir  

16. Timbalan Menteri Industri Utama: Shamsul Iskandar Md Akin 

17. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar:  Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy 

18. Timbalan Menteri Wilayah: Dr Shahruddin Md Salleh 

19. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Dr Ong Kian Ming  

20. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Muhammad Bakhtiar Wan Chik  

21. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama): Fuziah Salleh 

22. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang): Mohamed Hanipa Maidin

23. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial): Dr Md Farid Rafik 

Dr Mahathir berkata tiga lagi menteri akan dilantik selepas mereka mengangkat sumpah sebagai senator, menandakan bahawa para individu berkenaan mungkin para karyawan dan bukan ahli politik.

"Kami akan mempunyai (jumlah keseluruhan) 29 menteri. Kami mempunyai seramai 26 sekarang, masih ada 3 lagi," kata Dr Mahathir.

Barisan pertama 13 menteri Kabinet dilantik pada 21 Mei lalu dengan presiden Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah Wan Ismail menjadi wanita pertama dilantik sebagai timbalan perdana menteri. Beliau juga merupakan menteri pembangunan wanita dan keluarga.

Related article image

(Gambar: Bernama)

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita