Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syed Saddiq beralih ke blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat

Anggaran Waktu Membaca:
Syed Saddiq beralih ke blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai Selasa (12 Sep) susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan. 
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, berkata beliau menerima surat daripada Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berhubung permohonan untuk mengubah tempat duduk di dalam Dewan Rakyat.

“Saya telah menerima surat, beliau memohon untuk mengubah tempat, tidak ada masalah, saya telah meminta pihak pentadbiran mengubah tempat beliau ke tempat pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen Malaysia pada Isnin (11 Sep).

Semalam (10 Sep), Syed Saddiq dilapor menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bersidang enam hari bermula Isnin,yang memberi tumpuan kepada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) oleh Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen dijadual selama tiga hari bermula Selasa dan jawapan oleh kementerian berkaitan pada 18 serta 19 September.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan