Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sydney berdepan hari paling panas dalam tempoh 2 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Beberapa bahagian timur Australia, termasuk Sydney kini bersiap siaga untuk berdepan hari paling panas dalam tempoh dua tahun pada Isnin (6 Mac) dengan suhu diramalkan mencecah sekitar 40 darjah Celsius yang dijangka akan meningkatkan risiko kebakaran hutan.

Jumlah larangan ke atas kegiatan membakar kini dilaksanakan untuk beberapa daerah di kebanyakan New South Wales, iaitu wilayah yang menampung satu pertiga daripada warga Australia dan pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran bahaya tinggi hingga melampau.

Pegawai kerajaan berkata, kira-kira 34 kebakaran sudah marak di seluruh negeri dengan empat daripadanya masih belum dapat dikawal, manakala 33 sekolah awam, kebanyakannya di kawasan pedalaman sudah ditutup sebelum cuaca panas yang teruk itu.

"Sekiranya kebakaran bermula, ia akan menjadi lebih sukar bagi anggota bomba untuk memadamkannya kerana api boleh merebak dengan cepat, terutama di padang rumput," kata Angela Burford, pegawai operasi di Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales kepada Australian Broadcasting Corp.

Biro Meteorologi Australia pula menyatakan bahawa keadaan panas dan kering berkemungkinan berterusan sehingga Rabu ini.

Pantai timur Australia sebelum ini didominasi oleh fenomena cuaca La Nina, yang biasanya dikaitkan dengan kenaikan jumlah hujan, yang sejak dua tahun lalu mencatat rekod hujan dan banjir yang tinggi.

Pada 2022, Sydney mencatatkan hujan tahunan tertinggi sejak 1858.
Sumber : Reuters/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan