Syarikat yang layak dicukai tidak boleh elak bayar cukai SST
Mana-mana syarikat tidak akan dapat melepaskan diri daripada membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya didapati layak berbuat demikian kerana kerajaan mempunyai sistem pangkalan data besar untuk mengesan maklumat mereka.
Gambar fail Encik Lim Guan Eng. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
BATU PAHAT: Mana-mana syarikat tidak akan dapat melepaskan diri daripada membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya didapati layak berbuat demikian kerana kerajaan mempunyai sistem pangkalan data besar untuk mengesan maklumat mereka.
Menteri Kewangan Malaysia Lim Guang Eng berkata sistem itu yang diwarisi menerusi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mendaftarkan sebanyak 472,000 buah syarikat sebelum ini.
“Namun di bawah SST, hanya 100,000 syarikat daripada jumlah itu akan dikenakan cukai dan kita boleh kesan siapa yang cuba lari daripada bayar," katanya.
Beliau memberitahu demikian di sidang media selepas taklimat SST kepada pemain-pemain industri hari ini (22 Sep).
Turut hadir Penasihat Menteri Kewangan, Encik Ooi Kok Seng dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penkastaman) Encik Paddy Abd Halim.
Encik Lim berkata mana-mana syarikat yang belum lagi mendaftarkan diri di bawah SST masih mempunyai masa untuk berbuat demikian kerana kerajaan masih lagi mengamalkan pendekatan ‘lembut’ terhadap mereka.
Namun apabila tamat tempoh ‘berlembut’ ini, kerajaan akan terus mengambil tindakan mengikut undang-undang ditetapkan, katanya.
“Sekarang sangat mudah dan senang iaitu terus masuk ke laman web (Jabatan Kastam) dan daftar. Kalau nak pengecualian (cukai) pun, kita akan bagi automatik tetapi sebelum itu, kita akan semak.
“Seperti yang saya sebut, kita akan lembut mesra dan prihatin dulu. Kita akan beri peluang untuk mereka betulkan. Tetapi selepas itu, kita akan kuatkuasakan undang-undang, mungkin mulai tahun depan.
“Kita tidak boleh berlembut selama-lamanya dan berharap agar semua syarikat tidak mengambil kesempatan,” katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.