Syarikat Turki hantar kapal bagi tempatkan 3,000 mangsa gempa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Adem Altan/AFP)
ISTANBUL: Syarikat Turki Karadeniz Holding menyatakan pada Sabtu (11 Feb) bahawa ia akan menghantar dua kapal bantuan kemanusiaan. Setiap kapal dapat menampung 1,500 orang.
Ia merupakan usaha memberi bantuan di wilayah selatan Turki, Hatay, yang dilanda gempa teruk dan meragut lebih dari 20,000 nyawa.
"Syarikat ini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menghantar kapal Suheyla Sultan dan Rauf Bey ke Iskenderun-Hatay," menurut syarikat itu.
Ia menambah bahawa misi tersebut merupakan kali pertama ia terlibat dalam misi kemanusiaan.
Kapal yang dibina untuk misi bantuan kemanusiaan itu dilengkapi tempat penginapan, peti sejuk, televisyen dan alat pemanas, serta kemudahan pendidikan, penjagaan kesihatan dan makanan, tambah syarikat itu.
"Kami menumpukan segala tenaga kami kepada projek ini untuk berkhidmat kepada mereka yang terjejas olehian gempa. Kami menyasarkan untuk menyediakan tempat tinggal yang selamat bagi mereka secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan.
Gempa itu menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal di sepuluh wilayah selatan Turki.
Kebanyakan daripada mereka tidur di dalam khemah dan kereta, dalam keadaan cuaca sangat sejuk.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.