Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarikat S'pura bakal labur dalam pertanian Sarawak

Anggaran Waktu Membaca:

KUCHING: Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak sedang berbincang dengan sebuah syarikat dari Singapura mengenai minatnya untuk melabur dalam sektor pertanian di negeri itu.

Tanpa mendedahkan butiran mengenai syarikat itu, menteri Dr Stephen Rundi Utom berkata penglibatan syarikat itu akan memudahkan kementerian itu dalam misinya untuk membawa sektor pertanian negeri ke dalam perniagaan tani.

“Petani kita akan dapat belajar daripada mereka; menerusi pengaturan ini, kami boleh menjamin bahawa produk mereka (petani Sarawak) akan sesuai (dijual) di Singapura dan bahagian lain di dunia,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan acara pra-Gawai, Mantar Aco Lepa Birami Gawai oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, beliau berkata penglibatan sektor swasta adalah penting bagi membolehkan Sarawak menjadi pengeksport bersih produk makanan menjelang 2030.

Rundi berkata pada masa ini, tahap sara diri makanan Sarawak berada pada kira-kira 38 peratus, sambil menambah bahawa kementerian akan terus mencari cara untuk meningkatkan peratusan itu sehingga 60 peratus menjelang 2030, termasuk memodenkan aktiviti pertanian.

“Objektif utama adalah supaya negeri ini mencapai tahap sara diri makanan dan pengeksport bersih.

"Ini semua mengenai teknologi baru, pertanian moden, pertanian pintar IoT (serba-serbi Internet), kami memerlukan semua cara moden baharu ini untuk melakukan sesuatu," tambahnya.

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan