Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarikat Saudi meterai perjanjian bina pusat beli-belah terbesar di Makkah jelang 2026

Pegawai di Arab Saudi memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah terbesar di tanah suci Makkah, lapor agensi berita Saudi pada Isnin (3 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

JEDDAH: Pegawai di Arab Saudi memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah terbesar di tanah suci Makkah, lapor agensi berita Saudi pada Isnin (3 Jan).

Perjanjian kerjasama bagi pembangunan Massar Mall melibatkan syarikat-syarikat tempatan, Umm Al-Qura bagi Syarikat Pembangunan dan Binaan, pemilik dan pelaksana projek serta Hamat Holding.

Kerja-kerja binaan dijangka selesai pada 2026 dengan jumlah pelaburan bernilai SR2.7 bilion (S$974 juta).

Perjanjian itu ditandatangani CEO Umm Al-Qura bagi Pembangunan dan Binaan, Yasser Abu Atiq dan pengerusi Hamat Holding, Saleh Al-Habib.

Pusat beli-belah itu meliputi tapak seluas 71,000 meter persegi dan akan menyediakan ruang beli-belah seluas lebih 130,000 meter persegi.

Pembangunan itu terletak di pintu masuk bahagian barat Massar, iaitu sebuah projek kebudayaan yang terletak di bahagian barat kota Makkah.

Pusat beli-belah itu menampilkan "banyak peralatan canggih, yang menggambarkan nilai tinggi pelaburan dan keunikan dalam industri hiburan dan membeli-belah di Arab Saudi," menurut kenyataan itu lagi.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan