Syarikat perkapalan Evergreen Marine beri bonus akhir tahun hingga 52 bulan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Ahmed Hasan)
TAIWAN: Syarikat perkapalan Evergreen Marine memberi bonus akhir tahun yang sangat luar biasa iaitu sehingga 52 bulan gaji kepada para pekerjanya.
Ia setelah syarikat itu mencatat untung bersih hampir AS$10 bilion (S$13 bilion) bagi sembilan bulan pertama 2022, naik 90 peratus berbanding setahun lalu.
Hampir semua kakitangan menerima bonus akhir tahun di antara 10 hingga 45 bulan gaji, manakala bayaran bonus bagi mereka yang mempunyai prestasi kerja yang lebih baik mencecah 52 bulan, lapor akhbar tempatan Liberty News.
Bayaran bonus itu dipercayai bayaran paling tinggi dalam sejarah yang pernah dikeluarkan sesebuah syarikat Taiwan.
Rekod sebelum ini adalah bonus 40 bulan, juga dikeluarkan Evergreen Marine pada 2021.
Prestasi kukuh pada tahun lalu dilaporkan akibat kenaikan tambang pada separuh pertama tahun, walaupun momentum sudah perlahan sejuk itu.
Presiden syarikat tersebut Hsieh-chuan berkata dalam satu temu bual bahawa keupayaan sektor perkapalan untuk maju pada tahun 2023 bergantung kepada sama ada peperangan Rusia dan Ukraine akan berakhir, yang akan meningkatkan permintaaan global.

Sumber : CNA/DY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.