Skip to main content

Dunia

Syarikat penjual kasut, Vern’s tampil beri penerangan terhadap corak di kasut seakan kalimah Allah

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat penjual kasut, Vern’s tampil beri penerangan terhadap corak di kasut seakan kalimah Allah

(Gambar: Vern's/Facebook)

Diterbitkan : 07 Apr 2024 11:38PM
KUALA LUMPUR: Susulan kontroversi corak seakan kalimah Allah di kasut, pengurusan syarikat penjual kasut, Vern’s pada Ahad tampil memberikan penerangan terhadap corak di kasut tersebut.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Vern’s mengatakan logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.

Begitupun, syarikat itu mengakui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak.

Katanya, pihaknya sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.

Menurutnya, selepas isu tersebut tular, pihaknya menghentikan terus penjualan kasut itu dan bersedia memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli kasut berkenaan.

“Dengan rasa rendah diri, kami pihak pengurusan ingin memohon kemaafan semua dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.

“Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat tersebut yang memberikan penjelasan terhadap isu tersebut.

“Salah faham telah terungkai bahawa ia bukanlah kalimah Allah,tetapi ia adalah logo kasut bertumit tinggi dan syarikat juga telah menghentikan pengeluaran kasut ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat atas penjelasan yang memberikan kelegaan kepada semua umat Islam,” tulisnya di Facebook beliau pada Ahad.

Isu tersebut tular dalam media sosial pada Ahad selepas ada pihak berkongsikan gambar kasut tersebut di media sosial, mendakwa corak pada produk itu seakan kalimah Allah.

Pendedahan tersebut pantas menjadi isu panas dalam media sosial dengan ramai mendesak syarikat tersebut memberikan penjelasan segera berhubung isu berkenaan.
Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita