Skip to main content

Dunia

Syarikat penerbangan 'berdaya tahan' sasar jumlah rekod penumpang: IATA

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat penerbangan 'berdaya tahan' sasar jumlah rekod penumpang: IATA
Kapal terbang Thai Airways di landasan Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand pada 25 Mei 2020. (Gambar: Reuters/Jorge Silva)
Diterbitkan : 10 Dec 2025 12:24AM Dikemas Kini : 10 Dec 2025 12:25AM
  • Syarikat penerbangan antarabangsa menjangkakan akan membawa rekod 5.2 bilion penumpang pada 2026, meskipun wujud gangguan peringkat global yang menjejas sektor ini, jelas persatuan perdagangan industri itu pada Selasa (9 Dis).
  • IATA, yang mengawal selia sekitar 360 syarikat penerbangan yang mewakili 80 peratus trafik udara global, menyatakan keuntungan pada 2025 diunjurkan mencecah AS$39.5 bilion (S$51.2 bilion), naik daripada AS$36 bilion (S$46.9 bilion) yang mereka ramalkan pada mesyuarat agung tahunan badan itu pada Jun.
  • Ketua pengarah IATA, Willie Walsh berkata prestasi yang lebih baik itu adalah "berita yang dialu-alukan, melihat kepada cabaran yang dihadapi industri berkenaan".
  • Jumlah penumpang global tahun ini dijangka hampir sama dengan perangkaan lima bilion, iaitu 4.98 bilion, naik daripada 4.77 bilion pada 2024, iaitu perangkaan rekod sebelumnya.
Dijana oleh AI
GENEVA: Syarikat penerbangan antarabangsa menjangkakan akan membawa rekod 5.2 bilion penumpang pada 2026, meskipun wujud gangguan peringkat global yang menjejas sektor ini, jelas persatuan perdagangan industri itu pada Selasa (9 Dis).

Syarikat penerbangan itu juga menjangkakan keuntungan lebih tinggi daripada yang diramalkan sebelum ini untuk 2025, dan meramalkan hasil pendapatan pada tahap yang setanding tahun depan, tambah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

IATA, yang mengawal selia sekitar 360 syarikat penerbangan yang mewakili 80 peratus trafik udara global, menyatakan keuntungan pada 2025 diunjurkan mencecah AS$39.5 bilion (S$51.2 bilion), naik daripada AS$36 bilion (S$46.9 bilion) yang mereka ramalkan pada mesyuarat agung tahunan badan itu pada Jun.

Ketua pengarah IATA, Willie Walsh berkata prestasi yang lebih baik itu adalah "berita yang dialu-alukan, melihat kepada cabaran yang dihadapi industri berkenaan".

Beliau berkata cabarannya termasuk peningkatan kos akibat kesesakan dalam rantaian bekalan aeroangkasa, konflik geopolitik, perdagangan global yang perlahan, dan beban kawal selia yang semakin meningkat.

Encik Walsh mengaitkan prospek yang lebih baik dengan prestasi pengangkutan udara yang meningkat, yang dicapai meskipun terdapat pertikaian perdagangan yang tercetus oleh tarif Amerika Syarikat.

Keuntungan pada 2026 diunjurkan sebanyak AS$41 bilion (S$53.2 bilion), dengan masalah ketersediaan pesawat yang berterusan menghadkan prestasi, dedah IATA.

Walau bagaimanapun, unjuran keuntungan amat berbeza antara rantau.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Timur Tengah dijangka mencatat keuntungan bersih setiap penumpang sekitar AS$28.60 (S$37.10), berbanding AS$10.90 (S$14.10) di Eropah, AS$9.80 (S$12.70) di Amerika Utara, AS$3.20 (S$4.20) di Asia Pasifik dan AS$1.30 (S$1.70) di Afrika.

Jumlah penumpang global tahun ini dijangka hampir sama dengan perangkaan lima bilion, iaitu 4.98 bilion, naik daripada 4.77 bilion pada 2024, iaitu perangkaan rekod sebelumnya.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita