Skip to main content

Dunia

Syarikat penerbangan Asia Pasifik tawar gaji, faedah lebih lumayan untuk pikat juruterbang sedang perjalanan udara kembali rancak

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Feb 2024 05:36PM Dikemas Kini : 22 Feb 2024 09:04PM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat penerbangan di Asia Pasifik kini menawarkan gaji dan faedah yang lebih lumayan, demi menarik dan mengekalkan juruterbang sedang perjalanan udara semakin rancak.

Ini ekoran masalah kekurangan juruterbang setelah ia dihentikan dek pandemik COVID-19.

Para penganalisis mengatakan, syarikat-syarikat penerbangan perlu menjadi inovatif sehinggalah takungan bakat berkembang.

Syarikat-syarikat penerbangan utama Asia Pasifik kini rancak bersaing untuk memikat lebih ramai juruterbang.

Bukan setakat pengambilan kadet, tetapi juga mencari juruterbang-juruterbang berpengalaman.

Sesetengah penganalisis percaya persaingan sengit itu menyebabkan sebilangan syarikat penerbangan menawarkan gaji sehingga 20 peratus lebih tinggi berbanding sebelum pandemik melanda.

"Ada cara-cara lain yang kami lihat syarikat penerbangan gunakan, iaitu menggunakan cara lebih inovatif, cara tidak ketara untuk mengekalkan juruterbang, termasuk peningkatan dalam mutu kehidupan. Misalnya, kami melihat cara yang lebih baru, penggunaan sofwe penjadualan krew yang inovatif, untuk bantu memastikan juruterbang boleh berada di rumah dengan lebih kerap berbanding dahulu, tanpa sebarang perubahan pada jumlah jam penerbangan yang mereka ada," kata Encik Joshua Ng, Pengarah Alton Aviation Consultancy.

Syarikat McKinsey pula berpendapat, perlu ada lebih banyak sekolah penerbangan untuk menjana lebih ramai juruterbang.

Akademi-akademi juga boleh memanfaatkan teknologi dengan lebih baik lagi melalui kaedah realiti maya bagi latihan asas untuk mempercepatkan proses.

Sungguhpun begitu, mengembangkan lagi bakat bagi sektor ini ia akan mengambil masa bertahun-tahun.

"Selaraskan kapasiti bagi penuhi permintaan dengan lebih baik. Jadi adakan saiz yang sesuai bagi pesawat yang terbang menerusi laluan yang sesuai untuk memaksimumkan ini, dan juga menjadualkan juruterbang dengan lebih cekap, atau anak kapal dengan lebih cekap," kata Encik Oliver Plogman, Rakan Kongsi, McKinsey & Company.

Isu tersebut dijangka menjadi semakin mendesak sedang perjalanan udara Asia Pasifik pulih sepenuhnya menjelang separuh pertama tahun ini.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita