Syarikat pembuat pesawat COMAC China bakal pamerkan jet C919, ARJ21 di 5 negara Asia Tenggara
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Edgar Su/Reuters
BEIJING: Syarikat pembuat pesawat milik pemerintah China COMAC akan menampilkan pertunjukan terbang lalu jet C919 dan ARJ21 di lima negara Asia Tenggara.
Demikian menurut syarikat tersebut pada Selasa (27 Feb), sedang ia meninjau untuk membina asas bagi penjualan antarabangsanya kelak.
Dalam tempoh dua minggu akan datang, pesawat jet C919 dan ARJ21 akan membuat penampilan terbang lalu di Vietnam, Laos, Kemboja, Malaysia dan Indonesia, menurut syarikat pengeluar pesawat yang berpangkalan di Shanghai itu dalam satu kenyataan.
Ini menyusuli ketibaan jet penumpang C919 di Vietnam untuk mengambil bahagian dalam satu pertunjukan udara di sana pada Isnin (26 Feb), selepas tamatnya acara Pertunjukan Udara Singapura pada Ahad.
Kedua-dua pesawat itu juga dipamerkan di acara Pertunjukan Udara Singapura minggu lalu. Ini sekali gus merupakan kemunculan sulung pesawat jet C919 di luar wilayah China, yang disebut-sebut sebagai pesaing kepada Boeing 737 MAX dan Airbus 'A320neo.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.