Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarikat M'sia & Saudi jalin kerjasama tawar produk makanan sektor haji, umrah

Mrasi Almamoura Group yang berpangkalan di Arab Saudi menjalin kerjasama strategik dengan dua buah syarikat Malaysia, Syed Food Industry Sdn Bhd dan Fario Holdings Sdn Bhd.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat M'sia & Saudi jalin kerjasama tawar produk makanan sektor haji, umrah

(Gambar hiasan: Abdel Ghani Bashir/AFP)

KUALA LUMPUR: Mrasi Almamoura Group yang berpangkalan di Arab Saudi menjalin kerjasama strategik dengan dua buah syarikat Malaysia, Syed Food Industry Sdn Bhd dan Fario Holdings Sdn Bhd.

Kerjasama itu adalah untuk pembangunan dan pengedaran produk sedia untuk dimakan dan siap untuk dimasak serta minuman bagi memenuhi keperluan sektor haji dan umrah.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam satu kenyataan hari ini (12 Jan) menyatakan perkongsian itu juga mengambil kira sektor hospitaliti yang semakin meningkat di rantau ini.

Ia turut mendedahkan bahawa jalinan kerjasama itu dimeterai dan diadakan di Jeddah Superdome baru-baru ini, bersempena dengan edisi kedua Persidangan dan Pameran Ekspo Haji dan Umrah 2023 anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Di bawah perjanjian itu, Syed Food Industry akan menyediakan penyelesaian kepada Mrasi Almamoura dengan menawarkan hidangan berbungkus kepada jemaah haji daripada pelbagai jenis masakan termasuk Asia Tenggara dan Timur Tengah, manakala kios digital dan automatik perintis Fario Holdings di bawah jenama Coffee Star pula menyediakan minuman kopi dan minuman terpilih untuk pengguna.

“Bekerjasama dengan kedua-dua syarikat itu amat tepat kerana mereka berkongsi visi dan nilai yang sama dengan kami dalam menawarkan perkhidmatan makanan yang inovatif dan mudah untuk manfaat jemaah haji.

“Ia juga seiring dengan visi kerajaan Saudi untuk menyediakan makanan yang selamat dan berkualiti kepada orang awam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Mrasi Almamoura Fouad Morsi.

Di bawah Wawasan 2030 Arab Saudi, kerajaan Arab Saudi menyasar untuk meningkatkan jumlah jemaah haji kepada 30 juta dengan menambah baik penyampaian perkhidmatan, antaranya dalam sektor logistik, penjagaan kesihatan, teknologi dan pelancongan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan