Syarikat media sosial bidas undang-undang Australia larang kanak-kanak guna media sosial
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Undang-undang baharu Australia yang melarang kanak-kanak bawah usia 16 tahun daripada menggunakan media sosial adalah salah satu tindakan paling tegas setakat ini terhadap platform online termasuk Facebook dan TikTok, sedang pemerintah di seluruh dunia bergelut dengan cara untuk melindungi kanak-kanak daripada kandungan berbahaya.
Larangan tersebut, yang diluluskan pada lewat malam 28 November, menetapkan antara sekatan penggunaan internet paling ketat di luar China dan negara bukan demokratik lain, sekali gus boleh mendorong pemerintah lain untuk bertindak sama.
Pihak berkuasa dari merata dunia seperti Florida dan Texas di Amerika Syarikat, hingga ke Perancis dan Britain, sudah berusaha atau sedang menimbangkan untuk meningkatkan had usia menggunakan media sosial atau mengetatkan kandungan yang dipaparkan.
Antara yang mendorong perubahan itu termasuk insiden di mana media sosial menyebabkan kematian golongan remaja.
Seorang remaja lelaki 16 tahun, yang memiliki akaun media sosial sarat dengan video tentang rasa putus asa dan kematian, bertindak berjalan di hadapan kereta api di Bayport, New York.
Dalam satu lagi insiden, seorang pelajar perempuan di Australia yang berusia 15 tahun menggantung dirinya dari sebatang pokok di rumahnya pada Februari 2022 selepas bertahun-tahun merana akibat dibuli di media sosial.
Meskipun keputusan Australia itu terima sokongan memberangsangkan dalam kalangan pengundi - 77 peratus sokong langkah itu, menurut tinjauan YouGov - ia menerima kecaman hebat daripada syarikat-syarikat gergasi teknologi.
Pengendali utama termasuk Meta Platforms menyatakan undang-undang itu tidak berkesan atau lemah, manakala X, milik hartawan Elon Musk, mempersoalkan sama ada larangan itu mengikut undang-undang, yang mungkin akan dicabar di mahkamah.
Para akademik pula bimbang tentang kesan yang tidak diingini hasil larangan tersebut.
Di bawah undang-undang baharu itu, yang berkuat kuasa dalam masa sekitar 12 bulan lagi, platform digital termasuk Snapchat, Instagram, dan X akan bertanggungjawab bagi menguatkuasakan had usia tersebut, dengan denda berat sehingga A$50 juta (S$43.7 juta) bagi platform yang gagal mematuhi peraturan itu.
Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana platform itu akan mengesahkan usia pengguna, dengan pemerintah sudahpun melarang penggunaan dokumen rasmi, seperti pasport, disebabkan kebimbangan privasi.
Kanak-kanak yang berjaya terlepas daripada kawalan pengesahan tidak akan didenda, begitu juga ibu bapa mereka.
Undang-undang itu juga akan menjejas model perniagaan beberapa syarikat paling bernilai di dunia yang berdepan pelbagai masalah dan dipersalahkan atas khidmatnya, seperti isu kesihatan mental yang semakin bertambah, penipuan online dan prestasi akademik yang merosot.
Larangan yang berjaya dikuatkuasakan itu akan menyebabkan syarikat-syarikat media sosial kehilangan kumpulan pengguna utama terdiri daripada jutaan remaja yang sering menjadi sasaran pengiklan, dengan syarikat mahu memikat mereka sejak dari usia muda lagi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan salah satu amaran paling jelas pada September selepas mengkaji penggunaan media sosial dalam kalangan sekitar 280,000 pelajar di 44 negara dan daerah, iaitu salah satu tinjauan terbesar seumpamanya.
WHO memberi amaran tentang kesan buruk terhadap perkembangan remaja dan isu kesihatan jangka panjang mereka akibat penggunaan media sosial yang banyak mendatangkan masalah.
Pertubuhan yang berpangkalan di Geneva itu menggesa bagi "tindakan segera dan berterusan".
Langkah Australia yang menetapkan had usia tanpa mengambil kira sama ada mendapat izin ibu bapa, menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian.
""Kami mahu kanak-kanak Australia mempunyai zaman kanak-kanak yang sebenar," kata Perdana Menteri Anthony Albanese semasa membentangkan undang-undang itu minggu lalu.
Platform media sosial biasanya memerlukan pemegang akaun berusia sekurang-kurangnya 13 tahun.
Bagaimanapun, huraian diambil Australia menekankan lagi kerumitan masalah itu.
YouTube, yang dianggap Australia sebagai platform berkaitan kesihatan dan pendidikan, dikecualikan daripada larangan itu, meskipun ruangan komen di bawah video boleh dilihat sebagai membawa bahaya.
Khidmat WhatsApp dan Discord juga dikecualikan, walaupun ia juga boleh digunakan untuk tujuan buli.
Salah satu kelemahan terbesar larangan itu terhadap anak-anak musa adalah bahawa ia tidak menyekat ciptaan kandungan berbahaya, menurut Prof Lisa Given, profesor sains maklumat di Universiti RMIT di Melbourne.
Beliau berkata pemilik platform harus memberi tumpuan kepada menghapuskan keupayaan algoritma negatif, yang boleh memberi pengguna media sosial terlalu banyak kandungan sama ada mereka suka atau tidak.
Pada masa yang sama, lebih banyak pelaburan dalam kecelikan digital harus dibuat kepada kanak-kanak dan ibu bapa, jelas Prof Given.
Malah hampir kesemua syarikat terbesar media sosial termasuk TikTok, X dan Meta, yang memiliki Facebook dan Instagram, meluahkan kebimbangan tentang undang-undang itu.
TikTok, yang dimiliki oleh ByteDance China, berkata pelaksaan undang-undang itu dilakukan secara "tergesa-gesa" dan dibayangi "soalan yang tidak terjawab serta keprihatinan yang tidak terhurai".
Meta pula menyatakan larangan itu "terlepas pandang realiti praktikal teknologi yang menjamin usia" dan gagal menjadikan anak-anak muda bertindak lebih selamat di ruangan online.
Pemilik Snapchat, Snap, menyatakan percubaan di peringkat antarabangsa sebelum ini untuk menetapkan pengesahan usia secara meluas dan wajib telah gagal.
X, yang dikenali sebagai Twitter sebelum ini, menjelaskan ia mempunyai "kebimbangan serius tentang kesahihan rang undang-undang itu".
Unicef, iaitu agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi kanak-kanak, menyatakan larangan Australia akan mendesak anak-anak muda untuk memasuki ruang online 'haram' dan tidak dikawal selia.
Undang-undang itu juga membawa risiko menjejas hak kanak-kanak dan menyekat akses mereka kepada maklumat yang penting bagi kebajikan mereka, jelas Unicef.
"Berbanding mengharamkan kanak-kanak, kita harus mempertanggungjawabkan syarikat media sosial untuk menyediakan sekitaran yang sesuai dengan usia, selamat dan ruang online yang membina," kata ketua dasar dan sokongan hak kanak-kanak di Unicef Australia Katie Maskiell.

Sumber : Bloomberg/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.